00:00Isu Inovasi Teknologi Pertanian menjadi antara tumpuan utama Mesyuarat Menteri-Menteri Keselamatan Makanan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik APEC ke-11
00:08yang berlangsung pada selasa.
00:10Mesyuarat ini disifatkan produktif dan dilihat membantu mengukuhkan sokongan terhadap kerjasama serantau dari segi institusi.
00:19Kenyataan bersama Mesyuarat Menteri-Menteri Keselamatan Makanan EPEC ke-11 yang diluluskan dalam mesyuarat ini menunjukkan rantau Asia Pasifik sebagai
00:28antara kawasan pengeluaran dan penggunaan utama makanan dunia.
00:32Ia turut memberi sumbangan penting kepada keterjaminan makanan global serta menunjukkan daya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran sejak kebelakangan ini.
00:42Dalam menghadapi pelbagai tekanan termasuk turun naik ekonomi, gangguan rantaian bekalan, kekangan sumber, cuaca ekstrim dan bencana alam, usaha meningkatkan
00:52daya tahan sistem makanan wajar menjadi antara agenda utama rantau ini.
00:57Pengarah Eksekutif Sekretariat EPEC Eduardo Pedrosa berkata, inovasi teknologi yang dibincangkan bukan sekadar untuk mempamerkan kemajuan, sebaliknya perlu memastikan golongan
01:10petani benar-benar mendapat manfaat.
01:12Beliau berkata dalam menghadapi perubahan iklim yang semakin menjadi kebiasaan, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana memastikan pengeluaran
01:23pertanian kekal stabil dan terus meningkat serta mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
01:29Perkara itu merupakan antara hala tujuh utama ekonomi Asia Pasifik untuk saling berkongsi pengetahuan dan memperkukuh kerjasama secara mampan.
Comments