00:00Kerajaan di seluruh dunia digesa menangani cabaran fiskal yang semakin meningkat, manakala Bank Pusat perlu terus komited untuk mengawal inflasi.
00:09Ketua Pengarah Tabung Keuangan Antarabangsa IMF, Kristalina Georgieva berkata, pelan yang kukuh perlu disediakan bagi memastikan hutang dan defisit berada
00:18pada landasan yang mampan.
00:22Beliau turut menegaskan bahawa Bank Pusat perlu terus memberi tumpuan kepada mandat mengekalkan kestabilan harga.
00:29Ekonomi dunia setakat ini kekal berdaya tahan berdepan inflasi yang berterusan dengan ketegangan perdagangan sebahagiannya disokong peningkatan pelaburan dalam kecerdasan
00:39buatan AI.
00:39Bagaimanapun, Georgieva berkata ketidaktentuan terhadap prospek ekonomi masih tinggi seperti yang dapat dilihat menerusi peningkatan hasil bond serta kekurangan kemajuan
00:50dalam usaha menurunkan inflasi.
00:53Menurutnya, kejutan tenaga yang berpunca daripada perang di Iran masih belum berakhir.
00:58Beliau menyifatkan keadaan ekonomi global ketika ini sebagai persaingan antara kejutan bekalan negatif daripada Asia Barat dengan kejutan permintaan positif
01:08yang didorong perkembangan AI.
01:10Pada Julai lalu, IMF mengekalkan sebahagian besar unjuran pertumbuhan ekonomi global pada 3% bagi 2026 namun menaikkan unjuran harga
01:21pengguna global terutama disebabkan kos tenaga dan makanan.
01:25Antara risiko terhadap prospek ekonomi, beliau turut menyenaraikan penyusutan rizab minyak dan gas ketika hemisfera utara menuju musim sejuk, corak
01:36cuaca El Nino yang lebih buruk dan berpotensi meningkatkan ketidak jaminan makanan serta kesan AI terhadap kestabilan kewangan.
01:45Beliau menegaskan keadaan itu tidak membenarkan kerajaan dan pembuat dasar berasa selesa atau berpuas hati dengan perkembangan ekonomi semasa.
01:55Terima kasih.
Comments