00:00Keyakinan pengguna di Amerika Syarikat menyusut sedikit pada Ogos berikutan kemerosotan prospek jangka pendek yang mengatasi penilaian pengguna terhadap keadaan
00:08ekonomi dan pasaran buruh semasa.
00:11Indeks keyakinan pengguna lembaga persidangan turun 0.8 mata kepada 89.4 pada Ogos, mencatatkan paras terendah dalam tempoh 7
00:21bulan berbanding 90.2 pada Julai.
00:25Ketua Ahli Ekonomi Lembaga Persidangan Dana M. Peterson berkata, keyakinan pengguna menyederhana sedikit pada Ogos untuk bulan kedua berturut-turut.
00:35Menurut Peterson, indeks jangkaan terus merosot ke paras negatif namun ia diimbangi oleh peningkatan sederhana dalam indeks situasi semasa selepas
00:45mencatatkan penurunan dalam tempoh 3 bulan lalu.
00:48Melangkah kehadapan, pengguna didapati lebih pesimis terhadap keadaan perniagaan dan pasaran buruh bagi tempoh 6 bulan akan datang, tambah Peterson.
00:57Laporan yang bersandarkan kepada keputusan tinjauan awal antara 3 Ogos hingga 16 Ogos itu, mendedahkan perbezaan ketara antara pandangan isi
01:06rumah Amerika terhadap keadaan semasa dan jangkaan mereka untuk masa hadapan.
01:11Indeks jangkaan yang mengukur prospek jangka pendek pengguna bagi pendapatan, perniagaan dan keadaan pasaran buruh jatuh mendadak sebanyak 5.8
01:21mata kepada 68.2.
01:23Jangkaan bersih untuk pasaran buruh turut menyusut sebanyak 2.6 mata peratusan kepada 11.5%.
01:31Jangkaan bersih untuk pasaran buruh turut menyusut sebanyak 2.6 mata peratusan kepada negatif 11.5%.
01:40Secara khusus, sebanyak 14.6% pengguna menjangkakan lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia turun daripada 16.4% pada
01:49Julai.
01:50Selain itu, 26.1% pengguna menjangkakan kekurangan peluang pekerjaan meningkat sedikit daripada 25.3% pada Julai.
01:59Sementara itu, inflasi dan dasar kewangan kekal menjadi kebimbangan utama bagi isi rumah.
02:05Purata dan median jangkaan inflasi bagi tempoh 12 bulan dalam kalangan pengguna meningkat sedikit pada Ogos.
02:11Di samping itu, sebanyak 61.3% responden masih menjangkakan kadar faedah yang lebih tinggi dalam tempoh 12 bulan akan
02:20datang,
02:20walaupun angka itu menunjukkan sedikit penyederhanaan berbanding 62% pada Julai.
Comments