Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Seorang peniaga kenderaan terpakai mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen Kluang, Johor atas pertuduhan memiliki snejata api tanpa kebenaran sah.
Transcript
00:00Seorang peniaga kenderaan terpakai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Keluang Johor atas pertuduhan memiliki senjata api tanpa kebenaran sah
00:08awal bulan ini.
00:10Tertuduh Hao Hanwei berusia 33 tahun menganggut faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Hani Zatul Ahmad Zulkifli dalam
00:19bahasa Melayu.
00:23Mengikut pertuduhan Hanwei didakwa memiliki senjata api iaitu sepucuk pistol jenis Smith & Wesson tanpa kebenaran yang sah di sebuah
00:31rumah di Taman Keluang Indah, Keluang Johor kira-kira jam 6.30 petang pada 6 Ogos lalu.
00:38Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta
00:48sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.
00:52Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 28 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
01:00Pada 17 Ogos lalu, Hanwei bersama tiga lelaki lain dihadapkan ke Mahkamah Magistrit Batu Bahat atas pertuduhan membunuh seorang ahli
01:09perniagaan sebelum mayat mangsa ditemukan terapung dalam jaring di Sungai Tanjung Sembrung, Parit Raja.
01:16Tiga lagi tertuduk ialah Yorgeswaran Subarbaniam Lim Yongmin dan Acutan Nagarajan.
01:22Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut pada bahagian leher menggunakan tali.
01:29Suspek kemudian dipercayai membawa mangsa menggunakan sebuah kenderaan sebelum mengikat kedua-dua tangannya menggunakan pita pelekat dan membalut jasad mangsa
01:38menggunakan jaring.
01:40Siasatan turut menemukan lima ketul batu pada mayat yang dipercayai digunakan bagi menenggelamkan mangsa selepas dibunuh.
Comments

Recommended