Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Khamis di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Transcript
00:00Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Mahkamah Session Kuala Lumpur pada Khamis di bawah Akta
00:07Suranjaya Pencengah Rasuah Malaysia SPRM 2009.
00:10Peguam Datuk Amir Hamzah Arsyad yang mewakili Ismail Sabri, 66 tahun ketika dihubungi bernama hari ini, mengesahkan anak guamnya akan
00:20hadir ke mahkamah.
00:23Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes terhadap Ismail Sabri akan disebut di hadapan Hakim Suzana Husin pada 9 pagi.
00:31Ahli Parlimen Bera itu akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 36-2 Akta SPRM 2009 berhubung pengisytiharan harta.
00:40Beliau sepatutnya didakwa di mahkamah pada 7 Ogos namun proseding ditangguhkan ke 27 Ogos selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung
00:50Negara IJN kerana masalah kesihatan.
00:53Suzana menangguhkan pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan ke tarikh 27 Ogos selepas Amir Hamzah memohon penangguhan berikutan Ismail Sabri mengalami
01:03kemungkinan degupan jantung tidak sekata dan dijadualkan menjalani prosedur pemasangan perentak jantung.
01:09Amir Hamzah berkata anak guamnya mengalami masalah jantung ketika rakaman percakapan dengan SPRM pada 6 Ogos lepas.
Comments

Recommended