Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Seorang pempengaruh agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas 34 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah lebih RM13.8 juta milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Transcript
00:00Ini adalah perkembangan yang baru kami terima di mana seorang pempengaruh agama
00:04mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Seremban pada Rabu
00:08atas 34 pertuduhan pecah amanah
00:10membabitkan wang berjumlah lebih 13.8 juta ringgit
00:15milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO.
00:18Tertuduh Abdullah Abdul Razak, 40 tahun,
00:20turut memohon dibicarakan atas 17 lagi pertuduhan penggubahan wang haram
00:25berjumlah 1.55 juta ringgit di hadapan Hakim Kuna Sundari Marimuto.
00:33Abdullah yang juga merupakan seorang pendakwa bebas adalah
00:37pengurusi pertubuhan rezeki infak Malaysia Prim ketika kesalahan itu didakwa dilakukan.
00:44Bagi pertuduhan pecah amanah, dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan
00:48di sebuah bank di Seremban 2 antara Februari 2023 hingga Mac 2026.
00:54Bagi pertuduhan dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
00:59Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 Amla,
01:04kesalahan itu didakwa dilakukan antara Mei 2024 hingga Februari 2026 di lokasi yang sama.
01:11Pertuduhan bagi pecah amanah dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Kesiksaan
01:17yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 2 tahun dan maksimum 20 tahun
01:22serta sebat dan denda jika sabit kesalahan.
01:25Bagi aktiviti pengubahan wang haram, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4-1-B Amla
01:32yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda
01:37nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi.
01:42Dalam pada itu, setiausaha NGO Prim Nur Sahira Abdullah 30 tahun turut didakwa secara berasingan
01:49atas pertuduhan bersubahat dengan Abdullah dalam melakukan kesalahan pecah amanah tersebut.
01:55Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 4-09 Kanun yang sama
02:02dan mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.
02:06Mahkamah turut memerintahkan tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
02:12Hakim Kuna Sundari kemudian membenarkan Abdullah diikat jamin RM700,000 dengan RM300,000 daripadanya
02:21merupakan jaminan tanpa cagaran berserta 2 orang penjamin.
02:25Bagi Nur Sahira, timbalan pendakwa raya Syairah Akilah Khalil mencadangkan jaminan sebanyak RM250,000 dengan 2 penjamin.
02:35Hakim Kuna Sundari menetapkan jaminan terhadap Nur Sahira sebanyak RM200,000 dengan 2 orang penjamin.
02:43Mahkamah menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes bagi kedua-dua tertuduh.
Comments

Recommended