00:00Malaysia mempunyai keupayaan untuk muncul sebagai hub kandungan digital serantau. Keupayaan ini berdasarkan kekuatan dalam industri animasi, pembangunan permainan video,
00:11kejuruteraan perisian serta sokongan infrastruktur teknologi seperti komputeran awan dan kecerdasan buatan AI.
00:21Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Cyber Universiti Putera Malaysia UPM, Profesor Teknologi Zuryati Ahmad Zukanain berkata negara telah membuktikan kemampuannya
00:32menghasilkan kandungan digital yang berkualiti dan berdasarkan di peringkat antarabangsa.
00:37Bagaimanapun menurut beliau cabaran utama kini bukan lagi menghasilkan kandungan sebaliknya memperluas harta intelep IP tempatan ke pasaran global secara
00:46mampan.
00:46Macam mana harta intelektual itu, IP itu boleh dikembangkan secara global. Seterusnya, membiayai IP tersebut melindungi, mengedar IP serta melesinkan
01:02serta mengkomersialkan yang merentasi pelbagai pasaran.
01:07Jadi, kalau dikatakan ekosistem yang matang, itulah dia merangkumi keseluruhan IP tersebut yang harus ditingkatkan secara global.
01:20Beliau turut menjelaskan bahawa kejayaan sebuah IP tidak seharusnya terhad kepada satu platform semata-mata.
01:27Sebaliknya, perlu diperluaskan kepada pelbagai bentuk komersial seperti animasi, permainan video, aplikasi digital, barangan dagangan dan pelbagai produk berkaitan.
01:37Menurutnya, pendekatan itu penting bagi membolehkan IP tempatan berkembang menjadi jenama global yang mampu menjana nilai ekonomi yang lebih besar.
01:45Tambah beliau dengan sokongan dasar yang tepat, pelaburan berterusan dalam teknologi dan pembangunan bakat,
01:51Malaysia berpotensi melahirkan lebih banyak IP bertaraf global yang mampu menjadi pemacu baharu ekonomi digital negara.
01:58Beliau berkata demikian dalam rancangan Niaga Awani pada Rabu.
Comments