Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Türkiye dan Qatar menyasarkan peningkatan jumlah dagangan dua hala kepada AS$5 bilion menerusi pengukuhan kerjasama perdagangan, pelaburan dan pembangunan laluan logistik baharu.

Kedua-dua negara turut berusaha memperkukuh koridor perdagangan alternatif susulan gangguan logistik di Selat Hormuz akibat konflik serantau.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Turki dan Qatar menyasarkan peningkatan jumlah dagangan dua hala kepada 5 bilion dolar AS sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan
00:09ekonomi antara kedua-dua negara.
00:11Menurut Menteri Perdagangan Turki, Omer Bolat, hubungan perdagangan antara Ankara dan Doha menunjukkan peningkatan ketara dengan nilai dagangan tahunan mencecah
00:201.3 bilion dolar AS tahun lalu.
00:25Bolat berkata jumlah perdagangan antara kedua-dua negara pernah mencecah 2.5 bilion dolar AS semasa persiapan Piala Dunia FIFA
00:332022 di Qatar.
00:35Beliau menjelaskan perjanjian perdagangan dan perkongsian ekonomi Turki-Katar yang berkuatkuasa tahun lalu dijangka membantu mencapai sasaran dagangan baru itu.
00:44Tambahnya kontraktor Turki telah melaksanakan 206 projek di Qatar dengan nilai keseluruhan mencecah 21 bilion dolar AS.
00:51Pada masa sama, kira-kira 250 syarikat Qatar mempunyai pelaburan bernilai 7.8 bilion dolar AS di Turki dalam pelbagai
00:59sektor termasuk kewangan, tenaga dan logistik.
01:02Dalam peritu, Bolat turut menekankan keperluan mewujudkan laluan perdagangan alternatif sesulang gangguan logistik akibat penutupan selat hormus berikutan konflik di
01:10rantau Asia Barat.
01:12Beliau berkata Turki kini meningkatkan penghantaran barangan ke negara-negara teluk melalui laluan darat merentasi Syria, Jordan, Iraq dan Arab
01:20Saudi.
01:21Kedua-dua negara juga bersetuju untuk memperkukuh koridor perdagangan dan transit bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan serta memperluas kerjasama ekonomi
01:30pada masa hadapan.
Comments

Recommended