Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf berkata Amerika Syarikat tidak berada dalam kedudukan ekonomi untuk terus mengehadkan hubungan negara lain dengan Iran. Kenyataan itu dibuat selepas Washington memperluas sekatan terhadap entiti yang menjalankan perniagaan dengan Tehran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Iran menegaskan Amerika Syarikat tidak mempunyai keupayaan ekonomi untuk terus meningkatkan tekanan terhadap negara-negara yang mengekalkan hubungan dengan Tehran.
00:09Speaker Parlimen Iran Mohd. Bakir Khalibaf berkata, ancaman sekatan baru yang diumumkan pentadbiran Presiden Donald Trump tidak akan mengubah pendirian
00:18Iran dalam menghadapi tekanan antarabangsa.
00:22Menurut Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat, sekatan baru itu berpotensi dikenakan terhadap syarikat atau institusi yang terus mengekalkan hubungan perniagaan dengan
00:32Iran.
00:33Setiusah Perbendaharaan Amerika Syarikat, Scott Besson ketika sidang media menggambarkan langkah tersebut sebagai ekonomi D-Day yang bertujuan memberi amaran
00:41terakhir kepada negara-negara lain supaya memutuskan hubungan perniagaan dengan Tehran.
00:45Beliau berkata, mana-mana syarikat atau entiti yang gagal berbuat demikian berisiko kehilangan akses kepada sistem kewangan global yang berasaskan
00:54dolar Amerika Syarikat.
00:55Bagaimanapun, Khalibaf menegaskan bahawa ekonomi Amerika Syarikat sendiri tidak berada dalam keadaan yang membolehkannya mengenakan tekanan tanpa had terhadap negara
01:05lain.
01:05Menurut beliau, hubungan ekonomi dan perdagangan antarabangsa tidak boleh ditentukan secara unilateral oleh Washington.
Comments

Recommended