Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Amerika Syarikat secara rasmi mengeluarkan Syria daripada senarai negara penaja keganasan yang disandang sejak 1979, dalam langkah yang disifatkan membuka lembaran baharu hubungan kedua-dua negara.

Keputusan itu dijangka merancakkan pelaburan, perdagangan serta kerjasama antarabangsa bagi membantu proses pemulihan ekonomi Syria.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat secara rasmi mengeluarkan Syria daripada senarai negara penaja keganasan selepas lebih empat dekad.
00:08Menurut utusan khas Amerika Syarikat ke Syria, Tom Barrack, keputusan itu merupakan satu langkah penting dalam peralihan Syria daripada sesebuah
00:18negara yang terasing kepada rakan kerjasama dalam usaha memerangi keganasan global.
00:24Barrack menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu lagi pencapaian bersejarah dalam visi Presiden Donald Trump untuk memberi peluang baru kepada Syria.
00:33Beliau berkata status penaja keganasan yang dikenakan sejak 1979 sebelum ini menjadi halangan kepada pelaburan, aktiviti perniagaan dan peluang ekonomi
00:43yang diperlukan bagi membangunkan semula negara berkenaan.
00:46Menurutnya penyarikan status itu membolehkan modal perdagangan dan pelaburan memainkan peranan lebih besar dalam memulihkan ekonomi Syria selepas bertahun-tahun
00:56dilanda konflik.
00:58Pada masa sama Jabatan Negara Amerika Syarikat teruk membatalkan status Haiat Tahril Al-Sham atau HTS sebagai organisasi pengganas global
01:07yang disenarai khas.
01:08HTS merupakan antara kumpulan yang menentang pemerintahan Bashar al-Assad semasa Perang Saudara Syria dan dipimpin Ahmad al-Sharah yang
01:17kini menjawat jawatan Presiden Syria selepas kejatuhan Assad pada Desember 2024.
01:22Damsyib melihat keputusan terbaru Washington itu sebagai peluang untuk memperluas perdagangan, menarik pelaburan asing dan meningkatkan kerjasama dengan komuniti antarabangsa.
01:32Bagaimanapun beberapa sekatan lain Amerika Syarikat terhadap Syria masih kekal berkuatkuasa dan tertakluk kepada proses penundangan berasingan.
Comments

Recommended