Skip to playerSkip to main content
  • 22 hours ago
Jabatan Imigresen Malaysia membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular yang mendakwa seorang pemohon dimalukan ketika berurusan di UTC Pudu Sentral.

JIM berkata semakan mendapati beberapa dakwaan yang dibuat tidak selaras dengan rakaman CCTV, rekod berkaitan serta keterangan pegawai yang bertugas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Imigresen Malaysia JIM membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular yang mempersoalkan layanan diterima seorang pemohon di Pejabat Imigresen
00:09Cawangan UTC Pudu Sentral.
00:11Menurut Ketua Pengarah Imigresen Dato' Zakaria Syaban, semakan mendapati beberapa dakwaan dalam hantaran berkenaan tidak selaras dengan rekaman CCTV, rekod
00:20berkaitan serta keterangan pegawai yang bertugas ketika kejadian.
00:26Zakaria berkata semakan terperinci telah dilakukan dengan meneliti rekaman CCTV dan dokumen berkaitan selain mendapatkan keterangan daripada pegawai yang terlibat.
00:35Beliau berkata JIM memandang serius perkara itu bagi memastikan keadaan sebenar dapat diperjelaskan berdasarkan fakta yang diperoleh.
00:44Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan JIM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis diraja Malaysia bagi siasatan lanjut.
00:51JIM pada masa sama menegaskan bahawa pihaknya menghormati hak orang ramai untuk menyuarakan pandangan atau mengemukakan aduan berhubung perkhidmatan jabatan
01:00itu.
01:01Bagaimanapun, Zakaria berkata perkongsian maklumat yang tepat dan menyeluruh penting bagi memastikan sesuatu isu dapat dinilai secara adil dan mengelakkan
01:10salah faham.
01:11Hantaran tular itu mendakwa seorang pemohon dimalukan di halayak ramai selepas dituduh mencuri sarung pasport oleh pegawai JIM ketika berurusan
01:19di pejabat berkenaan.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended