00:00Dua anggota pasukan pengaman pertubuhan bangsa-bangsa bersatu dari Ethiopia terbunuh dalam satu serang hendap di negeri Jonglei, Sudan Selatan
00:09pada Isnin.
00:10Menurut jurucakap PBB, Stefan Dujarik, insiden itu terus menyebabkan tujuh lagi individu cedera termasuk tiga anggota pengaman PBB, dua pegawai
00:19polis Sudan Selatan dan dua kaki tangan awam.
00:24Beliau berkata serangan itu dilakukan oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenalpasti ketika pasukan berkenaan menjalankan rondaan keselamatan rutin di kawasan
00:33tersebut.
00:34Menurut beliau, terdapat petunjuk bahawa rondaan PBB itu sengaja dijadikan sasaran oleh penyerang.
00:41Susulan kejadian itu, PBB menggesa pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh dan segera bagi mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab serta membawa
00:50mereka ke muka pengadilan.
00:52Dujarik menegaskan bahawa serangan terhadap anggota pengaman PBB boleh dianggap sebagai jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa.
01:00Beliau berkata kejadian terbaru itu menjadikan jumlah anggota pengaman PBB yang terbunuh akibat tindakan bermusuhan sejak awal tahun ini meningkat
01:08kepada sembilan orang di seluruh dunia.
Comments