00:00Amerika Syarikat tidak menolak kemungkinan melancarkan serangan ketenteraan baru terhadap Iran meskipun Washington ketika ini giat meningkatkan tekanan ekonomi ke
00:09atas Tehran.
00:10Menurut sitiusa pertahanan Amerika Syarikat Pete Hatshaw, pilihan ketenteraan masih kekal di atas meja sekiranya Iran bertindak mengancam kepentingan atau
00:19aset ketenteraan Amerika.
00:25Hatshaw berkata Washington akan bertindak jika perlu dan tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa ketenteraan terhadap Iran.
00:33Beliau menegaskan tekanan ekonomi masih menjadi kaedah paling berkesan buat masa ini namun pilihan serangan ketenteraan tidak pernah digugurkan.
00:41Katanya Amerika Syarikat juga mampu melindungi laluan perkapalan di Selat Hormuz yang menjadi salah satu laluan perdagangan minyak terpenting di
00:49dunia.
00:49Hatshaw turut berkata pentadbiran Presiden Donald Trump menjangkakan Kongres meluluskan peruntukan pertahanan berjumlah 1.5 triliun dolar Amerika.
00:59Beliau menegaskan pembelian bahan letupan dan senjata kekal menjadi keutamaan bagi memastikan kesiapsiagaan tentera Amerika Syarikat.
01:07Dalam perkembangan berkaitan, Hatshaw mengesahkan kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln kini dalam perjalanan pulang selepas penugasan yang berpanjangan.
01:16Kapal itu dilaporkan berada di laut lebih 8 bulan tanpa singgah di pelabuhan sekaligus mencatat rekod baru tentera laut Amerika
01:25Syarikat.
Comments