00:00Lebih 50 negara bersama Kesatuan Eropah menggesa Rusia menerima genjatan senjata penuh segera tanpa syarat dalam konflik di Ukraine.
00:10Kenyataan bersama itu disampaikan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menjelang mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai peperangan yang berlarutan sejak tahun
00:182022.
00:22Dersakan itu juga dibuat sempena ulang tahun ke-35 kemerdekaan Ukraine daripada Kesatuan Soviet.
00:28Dalam kenyataan berkenaan, kumpulan negara tersebut mengecam pencerobohan berskala penuh Rusia ke atas Ukraine dan mengelangi sokongan terhadap kedaulatan serta
00:37integriti wilayah Ukraine dalam sempadan yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.
00:42Mereka turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah korban awam susulan serangan yang semakin intensif.
00:48Menurut kenyataan itu, Pejabat Hak Asasi Manusia PBB merekodkan bulan lalu sebagai tempoh paling buruk dari segi jumlah korban awam
00:56Ukraine dalam satu bulan sejak Mac 2022.
01:00Sekurang-kurangnya 437 orang terbunuh, manakala ramai lagi cedera dalam serangan yang dilaporkan berlaku di pelbagai kawasan.
01:08Selain gesaan gencatan senjata, kumpulan negara terbabit turut menyeru pertukaran tahanan perang diperluaskan serta pembebasan individu yang ditahan secara tidak
01:18sah.
01:19Mereka juga menuntut supaya orang awam yang dipindahkan atau dihantar keluar secara paksa dibenarkan kembali termasuk ribuan kanak-kanak Ukraine
01:27yang dilaporkan terjejas akibat konflik tersebut.
Comments