Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan untuk melaksanakan audit forensik terhadap FELDA akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan. Beliau turut memaklumkan kerajaan sedang menunggu laporan pasukan petugas khas yang menyiasat isu pengurusan FELDA.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan carangan untuk melaksanakan audit forensik terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda akan dibawa
00:10ke mesyuarat kabinet untuk dibincangkan.
00:12Anwar berkata perkara itu perlu diteliti secara menyeluruh. Susulan carangan yang dikemukakan timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid
00:20Hamidi berhubung keperluan menjalankan audit forensik terhadap pengurusan agensi berkenaan.
00:25Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ahmad Zaid supaya audit forensik dijalankan bagi mengenalpasti sama ada berlakunya unsur penyalahgunaan
00:35kuasa, pecah amanah atau pelanggaran tata kelola dalam pengurusan Felda.
00:39Pada 23 Ogos lalu, Ahmad Zaid dilaporkan berkata audit pengurusan semata-mata tidak mencukupi bagi meneliti isu-isu yang membelenggu
00:48Felda sejak sekian lama.
00:49Menurut beliau, pelbagai isu yang berlaku dalam agensi tersebut didakwa telah mengakibatkan kerugian, mencecah berbilion ringgit dan memerlukan penelitian yang
00:58lebih mendalam.
01:00Mengulas lanjut, Anwar berkata kerajaan kini masih menunggu laporan lengkap daripada pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat isu berkaitan
01:07pengurusan Felda.
01:09Beliau memaklumkan pasukan petugas berkenaan telah memulakan tugas dan dijangka membentangkan dapatan mereka dalam tempoh terdekat.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended