Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Presiden AS Donald Trump mengumumkan tarif 50 peratus ke atas pelbagai barangan import dari Kanada termasuk kenderaan, alat ganti automotif dan keluli bermula 1 Januari 2027. Kanada pula

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk menaikkan tarif ke atas pelbagai barangan import dari Kanada kepada 50% bermula
00:09Januari tahun depan.
00:11Menuruti hantaran di Platform Truth Social, Trump berkata, kenaikan tarif itu akan melibatkan import kereta, trak ringan dan berat, alat
00:19ganti otomotif serta produk keluli dari Kanada.
00:24Menurut data Kerajaan Kanada, Amerika Syarikat ketika ini mengenakan tarif sebanyak 25% terhadap kereta, trak dan alat ganti otomotif
00:32yang diimport di bawah Seksyen 232 Alta Pengembangan Perdagangan 1962.
00:38Setelah itu, tarif antara 10 hingga 50% turut dikenakan ke atas import keluli, aluminium dan tembaga.
00:45Trump sekali lagi mempertahankan tindakannya dengan menuduh Kanada mengambil kesempatan terhadap Amerika Syarikat dalam hubungan perdagangan dua hala sejak sekian
00:53lama.
00:54Beliau turut mendakwa ekonomi Amerika Syarikat tidak bergantung kepada perdagangan dengan Kanada.
01:00Pengumuman itu dibuat selepas rundingan antara wakil kedua-dua negara yang berlangsung sehingga Jumat lalu gagal mencapai persetujuan bagi mengelakkan
01:08peningkatan tarif.
01:09Susulan kegagalan rundingan tersebut, tarif 50% terhadap pelbagai produk Kanada mula berkuat kuasa pada malam berikutnya.
01:17Langkah berkenaan melibatkan produk Kanada bernilai kira-kira 20 bilion dolar Amerika iaitu sekitar 5% daripada keseluruhan import negara
01:24itu.
01:25Antara produk yang terjejas termasuk kayu hoki, perabot, madu dan wine.
01:30Sebagai tindak balas, Kanada mengumumkan akan melaksanakan tarif balas secara dolar untuk dolar terhadap produk Amerika Syarikat.
01:37Perdana Menteri Kanada Mark Kenny berkata, langkah itu dijadual berkuat kuasa pada 8 September depan.
Comments

Recommended