Skip to playerSkip to main content
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cabaran umat ketika ini bagaimana bolah jadikan Islam itu sebagai contoh yang mampu diteladani oleh umat dan manusia keseluruhannya.

#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penjajahan, penaklukan bukan sahaja negara tapi juga sistem dan jiwa raga.
00:08Sehingga kita rasa kagum dengan yang asing, yang barat dan rasa Islam dan tamadun Islam itu picisan atau yang terpinggir.
00:19Keadaan Alhamdulillah dalam proses Islamization ini keadaan berubah, kesedaran meningkat dan cabaran bagi umat sekarang
00:28ialah bagaimana boleh kita jadikan Islam itu sebagai contoh yang mampu diteladani oleh umat dan oleh manusia keseluruhannya.
00:39Kalau yang mentadbir, mentadbir dengan baik.
00:43Kalau profesor, dengan baik.
00:48Mahasiswa, begitu juga.
00:50Pentadbir, menteri malah Perdana Menteri juga.
00:53mesti ada kesediaan untuk membawa perubahan dan mesej yang jelas.
01:00Bagi saya, sambutan begini adalah untuk menyuntik semangat baru.
01:11Bukan mengekalkan galapan lama.
01:18Dan obor Islam itu senantiasa obor yang dinamik, yang hidup.
01:24Setiap episod hidup Rasulullah SAW itu satu pengajaran kehidupan.
01:31Tentunya ramai lain yang boleh mengolah lebih baik daripada saya.
01:35tetapi sekadar mengingatkan kita bahawa sambutan ini hanya bermakna
01:41kalau ia memberi suntikkan semangat dan kesedaran, pencerahan
01:46dan kita mampu selepas hari ini menjadi manusia muslimun, hakkiun
01:55yang jauh lebih baik dan boleh mampu memberikan contoh yang terbaik pada umat manusia.
Comments

Recommended