Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Selepas lebih seminggu terganggu akibat letusan Gunung Etna, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Catania, Sicily kini kembali hampir seperti biasa.
Transcript
00:00Operasi penerbangan di lapangan terbang Ketenia, Sicily kembali seperti biasa selepas terganggu akibat asap tebal susulan letusan gunung Etna dengan
00:10hanya beberapa pembatalan direkodkan pada ahad.
00:14Kebanyakan penerbangan ketibaan dan pelepasan dilaporkan beroperasi mengikut jadual.
00:18Manakala perkhidmatan penjejakan penerbangan turut menunjukkan trafik udara di lapangan terbang berkenaan kembali pulih.
00:27Gangguan penerbangan berlaku sejak letusan gunung Etna bermula lebih seminggu lalu menyebabkan ratusan penerbangan dibatalkan, ditangguhkan atau dilencongkan.
00:37SAC memaklumkan kira-kira 36% penerbangan yang dijadwalkan di Ketenia antara 6 hingga 12 Ogos terpaksa dibatalkan.
00:46Ia sekaligus menjadi gangguan paling serius terhadap infrastruktur lapangan terbang itu dalam tempoh 20 tahun.
00:52Menurut Mario Matia dari Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan, Gunung Etna sememangnya kerap meletus.
01:00Namun, pelepasan abu yang berpanjangan serta tiupan angin selatan membawa abu terus ke kawasan lapangan terbang menyebabkan gangguan luar biasa
01:08terhadap trafik udara.
01:10Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended