Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Australia melancarkan kempen untuk merebut kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2029. Perdana Menteri Anthony Albanese berkata penglibatan dalam badan itu penting bagi membantu menangani cabaran global seperti kecerdasan buatan dan perubahan iklim.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Australia akan memukakan pencalonan bagi merebut kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubahan Bangsa-Bangsa Bersatu PPP bagi Penggal 2029.
00:10Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata langkah itu adalah bertujuan untuk memastikan negara berkenaan memainkan peranan lebih besar dalam membentuk
00:20tindak balas global terhadap pelbagai isu antarabangsa yang memberi kesan kepada rakyatnya.
00:26Menurut beliau, Australia yang kali terakhir menganggotai Majlis Keselamatan PBB bagi tempoh dua tahun berakhir pada 2014, mempunyai pengalaman dan
00:35keupayaan untuk menyumbang dalam usaha menangani cabaran global.
00:39Albanese turut melahirkan keyakinan untuk memperolehi sokongan kukuh daripada negara-negara Kepulauan Pasifik serta anggota ASEAN bagi merealisasikan hasrat tersebut.
00:49Katanya, hubungan baik yang terjalin dengan pemimpin dunia juga diyakini mampu memperkukuh pencalonan Australia.
00:56Beliau menambah, perkembangan pesat teknologi kecedasan buatan AI dan kesan perubahan iklim dijangka menjadi antara cabaran utama dunia menjelang penghujung
01:05dekad ini sekaligus menjadikan penglibatan Australia dalam Majlis Keselamatan PBB sebagai kepentingan strategik negara.
Comments

Recommended