Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam dan pegawai Jabatan Penjara Malaysia mengadakan mesyuarat di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malah ini laporan yang baru saja kami terima di mana Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anwar Bakri Abdul Salam
00:06dan Pegawai Jabatan Penjara Malaysia mengadakan mesyuarat di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta pada Isnin.
00:13Mesyuarat itu dipercayai membabitkan perincian aspek keselamatan dan penilaian kediaman berkenaan susulan cadangan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri
00:22itu.
00:23Bagaimanapun identiti pegawai Jabatan Penjara yang hadir pada mesyuarat berkenaan masih belum dapat dipastikan.
00:30Empat kenderaan dilihat memasuki kediaman berkenaan manakala Anwar Bakri dilihat tiba menaiki kenderaan kira-kira jam 2.20 petang.
00:38Setakat ini mesyuarat berkenaan masih lagi berlangsung.
00:41Bagaimanapun tujuan rasmi mesyuarat dan perkara yang dibincangkan masih belum diperincikan pihak berkuasa.
00:47Dalam hal itu, Peguam Negara Tan Sri Muhammad Dusuki Mokta ketika dihubungi Astro Awani memaklumkan denda RM50 juta yang ditetapkan
00:56sebagai salah satu syarat membolehkan Najib menjalani baki rumah penjara menerusi tahanan rumah belum lagi dijelaskan.
01:03Sementara itu anak Najib Datuk Muhammad Nazifuddin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta menghubungi Peguam Keluarga.
Comments

Recommended