Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pengerusi Barisan Nasional Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengingatkan mana-mana pihak yang berminat bekerjasama pada PRN Melaka supaya tidak menjadikan media sosial sebagai platform rundingan, sebaliknya menggunakan saluran rasmi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mana-mana pihak yang berhasrat menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional BN bagi menghadapi pilihan raya negeri PRN Melaka diingatkan agar
00:08tidak merundingkan perkara itu melalui media sosial.
00:11Pengurusi BN Melaka, Datuk Seri A.B. Raouf Yusof berkata pendekatan berkenaan boleh menimbulkan persepsi yang kurang baik dalam kalangan
00:18rakyat.
00:20Abdul Raouf berkata sebarang rundingan mengenai kerjasama politik perlu dilaksanakan menerusi saluran rasmi dan bukan melalui platform media sosial.
00:30Menurut beliau, BN akan mengeluarkan surat rasmi kepada semua pihak yang berminat untuk membentangkan cadangan mereka sebagai rakan strategik.
00:38Katanya semua cadangan yang diterima akan dibentangkan pada pelbagai peringkat dalam parti bagi tujuan penilaian dan keputusan.
00:46Beliau menegaskan setakat ini beliau menghormati semua parti yang menunjukkan minat untuk menjalin kerjasama dengan BN.
00:53Bagaimanapun, segala perbincangan akan dilakukan secara formal dan tertakluk kepada proses rundingan rasmi yang akan diadakan di pusat dagangan dunia
01:01Kuala Lumpur.
01:03Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa BN masih membuka ruang untuk berunding dengan mana-mana pihak menjelang PRN Melaka.
01:11Namun katanya pendekatan yang diambil adalah seimbang dengan tidak menutup pintu rundingan sepenuhnya dan pada masa sama tidak membukanya tanpa
01:19batasan.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended