Skip to playerSkip to main content
  • 21 minutes ago
Bersama Umavathi Ramayah, Wartawan Astro AWANI yang berada di lokasi kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berkongsi perkembangan terkini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik kita terus ke Langgat Duta Kuala Lumpur, lokasi kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak
00:04yang menjadi tumpuan sejak beberapa hari lalu, sesuai pengumuman pengampunan bersyarat
00:08yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman menuruti tahanan rumah.
00:13Hari ini, masuki hari keempat, pengamal media terus berkumpul di hadapan kediaman berkenaan
00:17dan rakan setugas Umar Vati Ramayah masih berada di sana untuk berkongsi perkembangan terkini.
00:26Baiklah, terima kasih rakan setugas di studio dan kita berada di hadapan kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak
00:32di Jalan Langgat Duta Kuala Lumpur pada jam ini dan hari ini merupakan hari keempat
00:37pengamal media berkumpul di hadapan kediaman. Ini bagi mengikuti perkembangan berhubung
00:43kemungkinan bekas Perdana Menteri itu akan dibawa ke sini untuk menjalani baki hukuman
00:48menuruti tahanan rumah dan sejak pagi tadi, kira-kira tujuh pagi, pengamal media
00:54sudah pun berkumpul di lokasi ini dan bagaimanapun. Setakat ini, keadaan sekitar rumah
01:00Datuk Seri Najib masih tenang dan belum ada sebarang pergerakan untuk mengesahkan
01:05beliau akan dibawa ke sini. Malah berdasarkan maklumat yang diterima dari ketua polis daerah
01:11Daerah Sentul, Asisten Komisyen Anwar Bakri Abdul Salam, pihak polis masih belum
01:17menerima sebarang pengesahan atau maklumat rasmi berhubung perkara tersebut dan
01:21beliau memaklumkan bagaimanapun kawalan polis di sekitar kediaman Datuk Seri Najib
01:27masih kekal seperti semalam dan belum ada pertambahan anggota buat masa ini.
01:33Namun sekiranya terdapat maklumat berkaitan pembebasan Datuk Seri Najib dan penempatan
01:39beliau di kediaman ini, pihak polis juga bersedia dengan sebarang kemungkinan
01:44untuk meningkatkan kekuatan kawalan. Jadi buat masa ini kita masih menunggu ya
01:49sebarang perkembangan rasmi dari pihak berkuasa dan selain kawalan polis,
01:54satu lagi perkara yang menjadi perhatian ialah persediaan fizikal di kediaman ini
02:00dan sekiranya benar-benar dijadikan sebagai lokasi tahanan rumah dan ini
02:06termasuk kemungkinan kehadiran pegawai Jabatan Penjara Malaysia bagi melaksanakan
02:12persediaan berkaitan aspek keselamatan dan pemantauan.
02:16Dan sekiranya pelaksanaan tahanan rumah dimukamatkan di lokasi ini
02:22iaitu di Jalan Langgak Duta, antara langkah yang mungkin perlu dilaksanakan
02:26ialah persediaan oleh Jabatan Penjara termasuk aspek kawalan keselamatan
02:32dan pemantauan terhadap individu yang akan menjalani hukuman.
02:36Ini termasuk kemungkinan pemasangan pagar besi serta CCTV di sekitar lokasi
02:43rumah kediaman ini dan bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima
02:49pengesahan rasmi daripada Jabatan Penjara berhubung dengan pemasangan
02:54pagar besi dan CCTV. Jadi perkara ini kita masih menunggu ya
03:00pengesahan dan arahan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan.
03:03Dan apa yang kita tahu sebarang pelaksanaan tahanan rumah perlu
03:07mengambil kira aspek pemantauan dan pematuhan terhadap aspek keselamatan.
03:14Dan sekiranya ada persediaan fizikal di kediaman ini dia tentunya akan
03:18menjadi antara aspek yang akan diperhatikan oleh para pengamal media
03:23yang berkumpul sejak pagi tadi dan buat masa ini hanya sebuah balai polis
03:27bergerak ditempatkan di lokasi ya sebenarnya di sebelah kiri saya sejak
03:32pukul 7 pagi tadi dan bagaimanapun berdasarkan maklumat yang diterima
03:37daripada ketua polis daerah Sentul belum ada pertambahan kekuatan
03:41anggota untuk setakat jam ini. Ini kerana pihak polis masih belum menerima
03:46sebarang maklumat berkaitan kemungkinan Datuk Sui Najib akan
03:50dibawa ke kediaman ini ataupun ke satu lagi kediaman di pavilion.
03:56Jadi walaupun lokasi ini menjadi tumpuan sejak beberapa hari lagi
04:00beberapa hari lalu kediaman masih keadaan masih berjalan seperti biasa
04:07dari segi kawalan keselamatan yang kelihatan di sini dan pengamal media
04:11juga pula terus menunggu sebarang perkembangan khususnya jika terdapat
04:16pergerakan kenderaan atau pegawai daripada pihak berkaitan.
04:20Dan setakat jam ini kita belum ada sebarang perkembangan
04:24ataupun maklumat lanjut berhubung dengan sama ada bayaran denda
04:29yang dikenakan ke atas Datuk Sui Najib sudah diselesaikan di Mahkamah
04:34Kuala Lumpur. Bagaimanapun saya akan terus berada di sini
04:37untuk bawakan perkembangan dari semasa ke semasa dan untuk itu
04:41kita terus ke studio untuk jam ini. Terima kasih.
Comments

Recommended