00:00Mana-mana tindakan memberhentikan atau menamatkan keahlian ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, EXCO yang dibuat tanpa nasihat atau permintaan rasmi
00:09daripada Menteri Besar adalah tidak sah, tidak berpelabagaan serta tidak mempunyai sebarang kuat kuasa undang-undang.
00:15Kali itu ditegaskan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Ismail Lasim dalam kenyataan pada Isnin. Ismail menjelaskan tidak pernah dirujuk atau
00:22menasihati berhubung pemberhentian mana-mana EXCO Kerajaan Negeri di bawah Perkara 38-5 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, UUTKNS
00:331959.
00:36Ismail justru itu menegaskan tiada sebarang keperluan untuk mengemukakan senarai cadangan EXCO yang baru kerana barisan EXCO sedia ada, masih
00:44sah dari sudut undang-undang dan akan terus menjalankan tugas seperti biasa.
00:49Katanya berdasarkan Perkara 40-1 UUTKNS 1959, yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan
01:00Negeri dan Menteri Besar dalam menjalankan fungsi pentadbiran.
01:04Jelas beliau, Kuasa Budi Bicara Raja di bawah Perkara 40-2 pula hanya merangkumi perkara yang dinyatakan secara bertulis sahaja
01:13dan kuasa untuk memberhentikan EXCO secara bersendirian tidak termaktub dalam institusi Budi Bicara tersebut.
01:20Ismail menambah Kuasa Raja di bawah Perkara 38-5 berkaitan tempoh perjawatan EXCO wajib dibaca secara harmoni bersama Perkara 38
01:30-4 dan Perkara 40-1.
01:33Ini bermakna sebarang penamatan atau perubahan barisan EXCO hanya berkuatkuasa atas nasihat rasmi Menteri Besar.
01:41Beliau memberi jaminan Kerajaan Negeri Sembilan akan terus mempertahankan keluhuran perlembagaan demi memastikan kestabilan pentadbiran dan mandat rakyat sentiasa terpelihara
01:52berlandaskan lunas undang-undang.
01:53Pada lewat malam Ahad, yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhris, Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan ahli-ahli majlis
02:02mesyuarat negeri berkuatkuasa serta-merta.
02:05Menurut kenyataan dikeluarkan, Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Muhammad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua EXCO
02:14terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.
Comments