Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Keberkesanan belanjawan perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan jumlah peruntukan, tetapi sejauh mana ia meningkatkan taraf hidup rakyat. Penggunaan HDI dan MPI boleh menjadi antara penanda aras dengan memberi tumpuan kepada akses kesihatan dan pendidikan, kemudahan asas, peluang pekerjaan, pendapatan munasabah serta impak sebenar dasar kepada kehidupan rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Keberkesanan pelaksanaan dasar dan belanjawan negara perlu dinilai berdasarkan perubahan sebenar terhadap taraf hidup rakyat.
00:07Perkara ini termasuk akses kepada kesihatan pendidikan, kemudahan asas serta peluang-peluang pekerjaan.
00:14Fellow Qadri dan Perunding Polisi Awam Muhammad Abdul Hamid berkata,
00:18antara pendekatan yang boleh dipertimbangkan adalah menjadikan Indeks Pembangunan Manusia HDI
00:24dan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi, MPI, sebagai sebahagian daripada penanda aras pencapaian dasar dan belanjawan.
00:31Bagi saya antara pelaksana dasar, kerajaan khususnya, ada banyak metrik yang boleh digunakan.
00:39Tapi antara yang paling utama bagi saya adalah HDI ataupun Human Development Index dan juga MPI, Multidimensional Poverty Index.
00:47Ini antara dua ukuran, instrumen ataupun metrik yang boleh digunakan untuk melihat.
00:55Dan untuk melihat sama ada negeri-negeri tertentu memerlukan keperluan tertentu,
01:01kita boleh melihat metrik HDI dan MPI ini mengikut negeri.
01:07Contohnya negeri mana yang mempunyai HDI yang rendah, tinggi dan sebagainya.
01:11Kerana ini penting, kerana ia melibatkan kurang-kurangnya tiga elemen penting untuk manusia hidup,
01:18rakyat kita hidup dengan sejahtera.
01:20Iaitu berkaitan dengan taraf hidup, berkaitan dengan kemudahan kesihatan dan juga kemudahan pendidikan.
01:28Beliau turut berkata, pendekatan itu dapat memberikan gambaran lebih menyeluruh
01:32mengenai sejauh mana sesuatu peruntukan benar-benar memberi kesan kepada kehidupan rakyat
01:38berbanding hanya menilai jumlah dana yang dibelanjakan.
01:41Katanya lagi, selain HDI dan MPI, beliau berkata,
01:45penilaian juga boleh mengambil kira indikator berdasarkan keperluan serta tahap pembangunan sesebuah kawasan.
01:51Antaranya termasuk jumlah jalan yang dinaik taraf atau diturap,
01:55akses kepada bekalan air bersih, ketersediaan sekolah rendah dan menengah,
01:59serta kemudahan asas lain.
02:00Pada masa sama, peluang pekerjaan dan sumber pendapatan perlu menjadi antara ukuran penting
02:05dalam menilai keberkesanan sesuatu dasar.
02:08Ini kerana taraf hidup yang lebih baik bukan hanya bergantung kepada pembangunan kemudahan fizikal,
02:13tetapi turut melibatkan keupayaan masyarakat memperoleh pekerjaan berkualiti,
02:18pendapatan munasabah dan kehidupan yang lebih terjamin.
02:21Sehubungan dengan itu, ukuran kejayaan belanjawan perlu bergerak melangkaui jumlah peruntukan
02:25dan projek yang diumumkan kepada penilaian mengenai hasil serta impak sebenar
02:30yang diterima rakyat.
Comments

Recommended