Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari berkata konsep PH Plus bagi menghadapi PRN Melaka lebih sesuai dilaksanakan sebagai persefahaman pilihan raya berbanding gabungan politik baharu. Beliau turut menegaskan PH bersedia menghadapi pelbagai senario termasuk bertanding secara solo.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakatan Harapan melihat konsep PH Plus bagi menghadapi pilihan raya negeri Melaka lebih sesuai diterjemahkan dalam bentuk persepaman berbanding pembentukan
00:09gabungan politik baru.
00:11Pengarah pilihan raya PH, Datuk Seri Amiruddin Syari berkata tempoh yang singkat menjelang PRN menyebabkan usaha membentuk gabungan baru agak
00:19sukar dilaksanakan.
00:21Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jenderal PKR Masjid Tanah di Kuala Sungai Baru Melaka pada Ahad.
00:29Menurut Amiruddin, perbincangan mengenai bentuk kerjasama berkenaan masih berada di peringkat negeri dan perlu diperhalusi sebelum dibawa kepada pimpinan PH
00:37di peringkat pusat.
00:38Katanya PH akan menilai sebarang cadangan yang dikemukakan berdasarkan kesesuaian semasa serta keperluan politik menjelang pilihan raya negeri itu.
00:46Dalam masa sama, beliau berkata PH mahu mengetahui pendirian barisan nasional BN berhubung kemungkinan kerjasama kerana setakat ini belum terdapat
00:54sebarang perkembangan mengenai pertemuan antara kedua-dua pihak.
00:58Amiruddin berkata PH bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk bertanding secara solo, membentuk jajaran politik baru atau menjalankan kerjasama dengan UMNO
01:07dan BN sekiranya terdapat persefahaman yang sesuai.
01:10Beliau menegaskan jentera parti perlu bersedia menghadapi semua senario bagi memastikan persiapan PH untuk PRM Melaka tidak terjejas.
Comments

Recommended