Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Polis belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung kemungkinan Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, bagi menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung kemungkinan Dato' Suri Najib Tun Razak dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta
00:07bagi menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.
00:10Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anwar Bakri Abdul Salam berkata pihaknya masih menunggu maklumat terkini berhubung perkara itu termasuk
00:19arahan berkaitan penempatan bekas Perdana Menteri Berkenaan.
00:24Menurut Anwar Bakri, kawalan polis di sekitar kediaman Najib masih pada tahap sama seperti ahad tanpa sebarang pertambahan anggota setakat
00:31ini.
00:32Beliau berkata kekuatan anggota akan ditambah sekiranya pihaknya menerima maklumat rasmi berhubung kemungkinan Najib dibawa ke kediaman berkenaan.
00:41Sementara itu, pengamal media mula berkumpul di hadapan kediaman Najib sejak pukul 7 pagi.
00:45Sebuah balai polis bergerak yang ditempatkan di hadapan kediaman berkenaan beroperasi pada pukul 7 pagi Isnin dengan bantuan beberapa anggota
00:53polis serta dua unit kereta peron di polis MPV.
00:56Jumaat lalu, Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman menerusi tahanan
01:04rumah sehingga 23 Ogos 2028.
01:07Pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat lain yang ditetapkan.
01:12Najib ketika ini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022.
01:18Pada Julai 2020, beliau disabitkan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta
01:28denda RM210 juta.
Comments

Recommended