00:00Australia akan mengumumkakan pencalonan bagi merebut kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB bagi Penggal 2029.
00:09Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata langkah itu bertujuan memastikan negara berkenaan memainkan peranan lebih besar dalam membentuk tindak balas
00:18global terhadap pelbagai isu antarabangsa yang memberi kesan kepada rakyatnya.
00:24Menurut beliau, Australia yang kali terakhir menganggotai Majlis Keselamatan PBB bagi tempoh dua tahun berakhir pada 2014, mempunyai pengalaman dan
00:34keupayaan untuk menyumbang dalam usaha menangani cabaran global.
00:37Albanese turut melahirkan keyakinan untuk memperolehi sokongan kukuh daripada negara-negara kepulauan Pasifik serta anggota ASEAN bagi merealisasikan hasrat tersebut.
00:47Katanya, hubungan baik yang terjalin dengan pemimpin dunia juga diyakini mampu memperkukuh pencalonan Australia.
00:55Beliau menambah, perkembangan pesat teknologi kecedasan buatan AI dan kesan perubahan iklim dijangka menjadi antara cabaran utama dunia menjelang penghujung
01:04dekad ini sekaligus menjadikan penglibatan Australia dalam Majlis Keselamatan PBB sebagai kepentingan strategik negara.
Comments