00:00Seterusnya, sekurang-kurangnya 7,000 penumpang terkandas di lapangan terbang antarabangsa Narita, Jepun, susulan hujan lebat yang melanda wilayah Chiba.
00:09Hujan lebat itu menyebabkan banjir di kawasan sekitar sekaligus menjejaskan sistem pengangkutan termasuk perikmatan jalan raya dan kereta api.
00:19Bagaimanapun, Japan Airlines memaklumkan sebahagia penerbangan mungkin mengalami kelewatan namun setakat ini tiada pembatalan dijangka.
00:27Salah seorang penumpang, Minori Yamasaki, yang tiba bersama keluarganya dari Fukuoka pada malam Kamis berkata,
00:34dia terkandas di lapangan terbang selepas berdepan kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan ke hotel.
01:27Lebih 360mm hujan direkodkan dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan di Chiba yang bersempadan dengan Tokyo.
01:36Keadaan itu turut menjejaskan bekalan elektrik ke kediaman dan meragut sekurang-kurangnya lebih 3 nyawa setakat ini.
Comments