00:00Baik, jumlah kawasan di Sarawak yang catat Indeks Pencemaran Udara IPU Tidak Sehat berkurangan ketiga setakat jam 9.30 pagi
00:07ini.
00:07Menurut data Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia, kawasan catat IPU Tidak Sehat adalah di IPD Serian dengan bacaan
00:14161, diikuti Samarahan 154 dan Kuching 114.
00:20Selain itu, sebanyak 65 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
00:25Sementara tiada kawasan yang catat bacaan IPU Sehat. Bacaan IPU Sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100
00:33sederhana, 101 hingga 200 tidak sehat, 201 hingga 300 sangat tidak sehat dan IPU melebihi 300 sebagai berbahaya.
00:43Data IPU dikeluarkan setiap jam mendasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
Comments