00:00Empat orang awam dilaporkan maut selepas kumpulan Houthi melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas pelabuhan Mokar di barat Yaman.
00:07Menurut kenyataan kerajaan Yaman, serangan itu turut menyebabkan kerosakan terhadap kemudahan pelabuhan dan beberapa bot yang berada di kawasan berkenaan.
00:17Pelabuhan Mokar yang terletak di pesisi barat Yaman merupakan antara lokasi strategik yang berada di bawah kawalan kerajaan Yaman yang
00:24disokong Arab Saudi.
00:25Kumpulan Houthi mengesahkan mereka melancarkan serangan menggunakan peluru berpandu balistik ke arah apa yang didakwa sebagai pengumpulan aset ketenteraan, senjata
00:35dan kapal perang milik pasukan yang disokong Arab Saudi di Mokar.
00:39Houthi turut mendakwa serangan tersebut berjaya memusnahkan beberapa bot serta peralatan ketenteraan.
00:44Bagaimanapun, dakwaan kedua-dua pihak mengenai sasaran sebenar serangan itu tidak dapat disahkan.
00:49Ketegangan antara kerajaan Yaman dan kumpulan Houthi semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini ketika rantau Asia Barat terus berdepan
00:57kesan konflik yang lebih luas melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel.
01:01Terima kasih telah menonton!
Comments