Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Majlis Belia Malaysia menyambut baik hasrat kerajaan memansuhkan AUKU dan menggubal Akta Pendidikan Tinggi baharu. MBM menegaskan reformasi itu perlu memperkukuh autonomi universiti, kebebasan akademik dan pemerkasaan mahasiswa.
Transcript
00:00Seterusnya, Majlis Belia Malaysia turut menyampaikan cadangan pemansohan Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU yang diumumkan Perdana Menteri Datuk
00:07Seri Anwar Ibrahim.
00:09Menurut Seterusaha Agong MBM, Ahmad Farhan Rosli, langkah itu membeka ruang kepada reformasi pendidikan tinggi yang lebih menyeluruh.
00:18Menurut beliau, pemansohan AUKU tidak seharusnya sekadar menggantikan satu undang-undang dengan Akta Baharu yang masih mengekalkan pendekatan serta semangat
00:26yang sama.
00:27MBM berpandangan proses penggubalan kerangka perundangan baharu perlu dilaksanakan secara terbuka, inklusif dan bermakna dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.
00:36Antaranya termasuk mahasiswa, ahli akademik, pentadbir universiti, pertubuhan belia, pertubuhan masyarakat sivil dan pakar perundangan.
00:45Menurut Ahmad Farhan, sesi libat urus tidak boleh bersifat simbolik semata-mata.
00:50Sebaliknya, pandangan yang dikemukakan perlu dipertimbangkan secara serius dalam proses pembentukan dasar dan perundangan.
00:56Beliau menegaskan reformasi pendidikan tinggi perlu membawa perubahan paradigma daripada pendekatan mengawal kepada memperkasa.
01:04Menurutnya, pemansohan AUKU bukan sekadar satu pemberian kepada mahasiswa tetapi hasil perjuangan panjang yang berhentasi generasi.
01:12MBM menegaskan kesediaannya untuk menjadi sebahagian daripada proses reformasi tersebut bagi memastikan Akta Pendidikan Tinggi yang baharu membawa perubahan yang
01:20sebenar kepada sektor pendidikan negara.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended