00:00Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam siri serangan udara Israel di Selatan Lubnan pada Sabtu.
00:06Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan, tujuh mangsa terbunuh selepas pesawat penjuang Israel menyerang sebuah rumah di Ansar,
00:12manakala dua lagi terbunuh dalam satu lagi serangan di Deir al-Zahrani.
00:18Sementara itu, seramai sebelas orang lagi dilaporkan cedera dalam kedua-dua serangan tersebut.
00:24Rakaman dari lokasi menunjukkan penduduk dan pasukan kecemasan membersihkan runtuhan bangunan
00:29serta mencari barangan yang masih boleh diselamatkan.
00:32Insiden itu merupakan antara serangan paling berdarah dalam tempoh beberapa minggu
00:36selepas Lubnan bersetuju dengan satu kerangka damai yang diusahakan Amerika Syarikat bersama Israel.
00:42Di bawah perjanjian tersebut, tentera Israel akan terus berada di beberapa kawasan Selatan Lubnan
00:47sehingga kumpulan Hezbollah dilucutkan persenjataannya dan tentera Lubnan mengambil alih kawalan keselamatan di kawasan berkenaan.
00:55Bagaimanapun, Hezbollah yang disokong Iran menolak syarat tersebut.
00:59dan menyifatkannya sebagai satu bentuk penyerahan kepada pihak lawan.
01:03Ketegangan yang berterusan menimbulkan kemimbangan bahawa usaha damai yang sedang dilaksanakan
01:07boleh terjejas sekiranya keganasan rentas sepadan terus berlaku.
Comments