Skip to playerSkip to main content
Aksi ‘superman’ ketika menunggang motosikal di lebuh raya dilakukan hanya untuk keseronokan walaupun mengakui diselubungi perasaan takut setiap kali melakukan lagak berbahaya itu.

Bagaimanapun perbuatan samseng jalanan tersebut akhirnya menjerat diri selepas ditahan polis menerusi operasi bersepadu di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi pada Ahad.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792218/berita/semasa/takut-tapi-tetap-fly---remaja-16-tahun-antara-ditahan-lakukan-aksi-superman

#SinarHarian #BeritaSemasa #samsengjalanan

Category

🗞
News
Transcript
00:08Aksi Superman ketika menunggang motosikal di lebuh raya dilakukan hanya untuk keseronokan
00:14walaupun mengakui diselubungi perasaan takut setiap kali melakukan lagak berbahaya itu.
00:20Bagaimanapun perbuatan samsing jalanan tersebut akhirnya menjerat diri
00:24selepas ditahan polis menerusi operasi bersepadu di lebuh raya duke Ulu Klang di Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi
00:32pada Ahad.
00:33Operasi itu digerakkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Kuala Lumpur
00:38dengan kerjasama bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik JSPT Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak
00:44serta konsesi lebuh raya duke.
00:47Tindakan bersepadu itu berjaya menahan lima penunggang motosikal yang melakukan aksi Superman.
00:52Seorang daripada remaja lelaki berusia 16 tahun yang tidak bersekolah itu berkata
00:58dia ditahan selepas pulang bekerja di Gerai Burger.
01:01Seorang lagi remaja berusia 16 tahun yang masih bersekolah di tingkatan 4
01:06juga mengakui tindakannya melakukan aksi berbahaya itu sekadar untuk suka-suka.
01:12Sinar harian yang mengikuti operasi terbabit mendapati terdapat tindakan
01:16segelintir samsing jalanan menunggang melawan arus selepas menyedari laluan ditutup.
01:21Sementara itu, Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohamad Zamzuri Mohamad Isa berkata
01:27lima samsing jalanan berusia 16 hingga 22 tahun ditahan.
01:32Katanya tindakan diambil mengikut Seksyen 42 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:39Mohamad Zamzuri berkata lebuh raya duke merupakan salah satu lokasi samsing jalanan di Kuala Lumpur
01:44selain Jalan Raja Laut serta Jalan Tun Razak.
01:48Dalam pada itu, Mohamad Zamzuri memaklumkan,
01:50Op Samsing Jalanan telah melaksanakan 778 pemeriksaan motosikal
01:55selain 414 saman keseluruhan dikeluarkan.
Comments

Recommended