00:00Majlis Amanah Rakyat Mara menggantung serta-merta tugas seorang pekerja sesudahan dawaan salah laku gangguan seksual terhadap sekurang-kurangnya 8
00:09pelajar di sebuah institusi pendidikan Mara.
00:12Pengurusi Mara, Datuk Ashraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang
00:20terlibat.
00:21Jelas Ashraf Wajdi, perkara itu terbongkar selepas menerima mesej secara terus daripada beberapa pelajar mendakwa menjadi mangsa sebelum mengarahkan pengurusan
00:30Mara mengambil tindakan segera.
00:33Katanya pelajar terbabit sudah disaran membuat laporan polis kerana ia membabitkan kes jenayah, namun mereka lebih selesa mengadu terus kepada
00:39beliau berbanding pihak pengurusan.
00:41Tegas beliau, Mara tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang perilaku songsang dan memberi jaminan tiada kes akan disorokkan atau didiamkan
00:50atas alasan menjaga nama baik institusi.
00:54Setiap pelajar yang menjadi mangsa salah laku, terutamanya gangguan seksual, diminta untuk tidak takut membuat laporan.
Comments