Skip to playerSkip to main content
Rumah Ngaji Teluk Muroh terus mencipta kelainan membudayakan bacaan al-Quran apabila memilih pusat beli-belah AEON Seri Manjung di Manjung bagi menyemarakkan penganjuran Malaysia #QuranHour pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Bacaan Surah al-Muzammil yang dipilih bergema di lokasi tumpuan pengunjung pada hujung minggu itu dengan disertai kira-kira 70 peserta dari Rumah Ngaji berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792118/berita/nasional/al-muzammil-bergema-dalam-pusat-beli-belah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #SurahAlMuzammil #QuranHour #RumahNgajiTelukMuroh
Transcript
00:00Ya Ayuhal Muzammil
00:31Bagi penggerak Rumah Ngaji Teluk Muruh, Datin Mazih Rafi'i, pemilihan Pusat Beli Belah sebagai lokasi program juga memuka ruang
00:39kepada pengunjung untuk bersama-sama mendekati dan bersahabat dengan Al-Quran.
00:47Alhamdulillah, hari ini kami bersama-sama menjayakan Malaysia Kulunghawa di mall yang besar di Manjung ini dengan membawa Surah Al
00:57-Muzammil ayat 1 hingga 20 sebagai panduan untuk mendekatkan masyarakat kepada Al-Quran.
01:05Harapan kami ialah supaya Al-Quran bukan sekadar dibaca tetapi perlu difahami, perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan kita.
01:17Sempena bulan kemerdekaan ini, membaca Al-Quran dan melakukan amal, mengajar kita tentang disiplin.
01:27Kemerdekaan pula perlu diisi dengan tanggungjawab, bukan sekadar untuk diraihkan.
01:33Kita kena setiap berdoa untuk supaya kemerdekaan kita ini terus kekal selamanya.
01:40Kita kena ingat bagaimana nenek moyang kita dulu menghadapi ancaman untuk memerdekakan Malaysia ini.
01:49Atas sebab disiplin, bukan disiplin daripada untuk keamanan negara ini tetapi perlu disiplin daripada solat dan segala amal kebaikan.
01:59Polisya!
02:01Hulai kawal!
02:02Polisya!
02:03Hulai kawal!
02:07Super Rakyat
02:09Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended