Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Angka korban akibat gempa bumi 7.7 magnitud yang melanda Pulau Flores, Indonesia meningkat kepada 47 orang. Ratusan rumah dan kemudahan awam rosak, manakala pasukan penyelamat terus menjalankan operasi mencari mangsa dan menyalurkan bantuan kecemasan.
Transcript
00:00Angka korban akibat gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitude yang melanda Pulau Flores, Indonesia meningkat kepada 47 orang.
00:07Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia atau BNPB, jumlah kematian berkenaan direkodkan di enam daerah sekitar wilayah Nusa Tenggara Timur
00:15setakat lewat Sabtu.
00:18Menurut beliau, penilaian awal mendapati 346 rumah mengalami kerosakan, melibatkan 157 rumah rosak teruk, 41 rosak sederhana dan 148 rosak
00:30ringan.
00:31Selain kediaman penduduk, kerosakan teruk membabitkan 87 kemudahan pendidikan, 18 kemudahan kesihatan, 5 rumah ibadat dan 6 bangunan kerajaan.
00:40BNPB maklumkan sebanyak 50,000 pakej bantuan makanan dan buka makanan seberat 275 tan mula dihantar ke kawasan terjejas bagi
00:50bantu mangsa bencana.
00:51Pasukan Mencari dan Menyelamat kini meneruskan operasi di kawasan yang terjejas teruk bagi mengesan penduduk yang dipercayai masih terperangkap di
00:59bawah runtuhan bangunan.
01:01Media tempatan melaporkan seramai 2,000 penduduk telah berpindah secara kendiri ke lokasi yang lebih selamat.
01:07Walaupun sejumlah mangsa dilaporkan cedera, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan angka rasmi mengenai jumlah kecederaan.
01:14Ketua Agensi Geologi Indonesia, Lana Sariah memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya bahaya susulan termasuk tanah runtuh, rekahan tanah dan fenomena
01:24pencercairan tanah.
01:25Beliau berkata laporan mengenai kemunculan air dari dalam tanah di kawasan Wekoka, Embai, daerah Ngakikio sedang diteliti bagi menentukan sama
01:34ada fenomena pencercairan benar-benar berlaku.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended