00:00Sementara itu, di Melaka, kerajaan menegaskan pendirian untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971 secara menyeluruh dan tidak
00:10akan berkompromi dengan sebarang usaha yang sekadar mahu meminda peruntukan undang-undang berkenaan.
00:17Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut bagi menjamin kebebasan hakiki mahasiswa dan memastikan tiada lagi undang-undang
00:27baru yang diperkenalkan untuk mengongkong pergerakan golongan itu di kampus.
00:34Menurut Perdana Menteri, Undang-Undang Sedia Danegara sudah memadai untuk mengawal salah laku jenayah umum tanpa memerlukan akta khas yang
00:42menyekat idealisme mahasiswa seperti yang dimulakan sejak tahun 1974.
00:47Saya nak umumkan sekarang macam ini.
00:49Betul kita dah setuju tentang pemansuhan AUKU. Saya nak jelaskan, saya tak mahu pindahan.
00:57AUKU wajib dimansuhkan sepenuhnya.
01:03Dan ada kebimbangan. Kadang-kadang dibatalkan AUKU, diperkenalkan undang-undang baru yang juga mengongkong dan menyekat.
01:13Saya tidak akan benarkan mana-mana peraturan atau undang-undang yang mengongkong.
01:21Mahasiswa sebagai rakyat biasa, ada undang-undang jenayah, ada undang-undang yang memang terpakai untuk semua.
01:28Kalau dia pukul orang, kalau dia ada lakukan menyebabkan kecederaan, kalau dia menipu dalam peperiksaan, itu undang-undang sedia ada.
01:39Saya tidak bermaksud untuk melonggarkan.
01:43Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Presiden sempena Kongres Nasional Keadilan 2026 di Melaka International Trade Center, Aikroh, Perahad.
Comments