Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Polis menahan enam suspek dipercayai anggota Geng Manap dalam beberapa operasi di Ipoh. Kumpulan itu dikaitkan dengan 14 kes kecurian motosikal dan satu kes pecah rumah, dengan 20 rangka motosikal serta pelbagai komponen turut dirampas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis berjaya menumpaskan kumpulan dikenali sebagai geng manap yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes curi motosikal dan pecah rumah di
00:09sekitar Ipoh.
00:10Ketua Polis Daerah Ipoh SCP Mohd Najib Hamzah berkata, 6 suspek berusia antara 27 hingga 66 tahun ditahat dalam operasi
00:18berasingan yang dijalankan antara 11 hingga 18 Ogos lalu.
00:25Hasil serbuan dan tangkapan yang dijalankan, polis merampas 20 rangka motosikal serta 8 guni mengandungi pelbagai komponen motosikal yang dipercayai
00:34berkaitan dengan kegiatan jenayah kumpulan terbabit.
00:37Menduduk beliau, kesemua 15 kes berkenaan telah dipertuduhkan di mahkamah pada Isnin. Beberapa suspek telah dicatuhi hukuman penjara antara 10
00:45hingga 15 bulan.
00:47Manakala sebahagian lagi dibenarkan diikat jamin antara RM3,000 hingga RM5,000 sementara menunggu proseding lanjut mahkamah.
00:55Kes itu melibatkan pertuduhan mengikut Seksyen 411, Seksyen 414, Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kandung Keseksaan serta Seksyen 29-1
01:06Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
01:08Beliau menegaskan kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan polis dalam banteras kegiatan jenayah harta benda khususnya kecurian motosikal yang sering meresahkan
01:19masyarakat.
Comments

Recommended