00:00Hotel bajet dan rumah tumpangan di sekitar Seremban Negeri Sembilan dipercayai dijadikan lokasi kegiatan pelacuran membabitkan wanita warga asing yang
00:09menawarkan perkhidmatan seks pada harga serendah RM50.
00:15Kegiatan itu terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi khas pada Isnin.
00:23Serbuan dibuat hasil maklumat daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur berhubung penglibatan warga Indonesia dalam aktiviti tidak bermoral
00:32serta risikan yang dijalankan pihak imigresen.
00:35Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata seramai 57 individu berusia antara 19 hingga 65 tahun ditahan.
00:45Mereka terdiri daripada 7 lelaki warga tempatan, 3 lelaki Indonesia, 12 lelaki Bangladesh, 3 lelaki Myanmar, 26 wanita Indonesia, 5
00:57wanita Bangladesh dan seorang wanita India.
01:01Beberapa pasport Bangladesh, India dan Indonesia, telefon bimbit, kunci premis serta kondom turut dirampas.
01:08Siasatan mendapati wanita warga asing ditempatkan di hotel bajet dan rumah tumpangan yang disewa secara harian, mingguan atau bulanan sebelum
01:17menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan tempatan dan warga asing.
01:22Kegiatan tersebut dianggarkan mampu menjana keuntungan sehingga RM540,000 setahun.
01:29Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen bagi membantu siasatan.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments