Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Pengarah Bantuan Perubatan di wilayah itu, Bassam Zaqout berkata dalam temu bual radio bahawa peningkatan yang belum pernah berlaku sebelum ini didorong oleh keadaan hidup yang penuh kepayahan.
Transcript
00:00Sebanyak 4,000 kes kekuguran direkodkan di Semenanjung Gaza sepanjang separuh pertama tahun ini.
00:07Pengarah Bantuan Perubatan di wilayah itu, Basam Zakud berkata, keadaan hidup yang serbedaif menjadi faktor utama peningkatan kes berkenaan.
00:16Keadaan itu termasuk wanita hamil yang terpaksa melalui jalan tidak berturap, sentiasa hidup dalam ketakutan
00:23akibat pengoboman Israel, tidur di atas tanah, kekurangan bekalan air panas serta barangan kebersihan.
00:31Selain penularan penyakit kulit dan keadaan tidak bersih di kem pelindungan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
00:38Dalam pada itu, Zakud memberi amaran krisis kesihatan semakin meruncing ekoram kekurangan ubat-ubatan, peralatan dan bekalan perubatan yang serius.
00:47Manakala sektor kesihatan kini beroperasi dalam mood kecemasan, susulan sekatan dan kepungan terhadap kemasukan sumber keperluan asas, peralatan diagnostik serta
00:57bahan uji makmal.
00:59Beliau turut melaporkan penularan meluas wabak dan penyakit virus, khususnya dalam kalangan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
01:07Ribuan kes cacar air direkodkan setiap minggu di samping peningkatan jangkitan saluran penafasan dan cirit-birit akibat air yang tercemar.
01:15Zakud berkata pengurangan kemasukan bantuan kemanusiaan, bekalan makanan dan kit kebersihan sejak beberapa bulan kebelakangan ini terus memburukkan keadaan di
01:25kem pelindungan penduduk yang kehilangan tempat tinggal yang kini semakin sesak.
Comments

Recommended