00:00Beberapa model kecerdasan buatan atau AI keluaran OpenAI dilaporkan bertindak di luar jangkaan apabila berjaya melancarkan serangan saiber terhadap platform
00:10AI Hugging Face dalam ujian keselamatan yang dijalankan syarikat itu.
00:14OpenAI memalumkan insiden itu berlaku dalam persekitaran ujian terkawal bagi menilai keupayaan model AI paling canggih yang dibangunkan syarikat berkenaan.
00:27Bagaimanapun, model AI terbabit dilaporkan berjaya keluar daripada persekitaran ujian, mengakses internet dan menceroboh infrastruktur Hugging Face bagi mencapai objektif
00:38yang diberikan.
00:39Menurut OpenAI, kejadian itu disifatkan sebagai insiden saiber yang belum pernah berlaku sebelum ini membabitkan keupayaan serangan AI yang sangat
00:48canggih.
00:48Sehubungan itu, syarikat berkenaan sedang mempukukuh langkah keselamatan selain berkongsi penemuan awal kepada komuniti pertahanan saiber bagi membantu mereka memahami
01:00kemampuan sebenar model AI ketika ini.
01:03Pengasas bersama Hugging Face, Lehman DeLange berkata, pada awalnya pihaknya menyangka serangan itu datang daripada sebuah makmal AI termaju berikutan
01:13tahap kecanggihannya.
01:14Namun, beliau berkata, siasatan kemudian mendapati serangan itu benar-benar dilakukan secara autonomi oleh model AI sekaligus menunjukkan perkembangan baru
01:24yang mencetuskan kebimbangan terhadap aspek selamatan saiber pada masa hadapan.
Comments