00:00Malaysia akan terus menghalang kemasukan warga negara Israel ke negara ini meskipun menerima kritikan daripada lapat ahli Kongres AS.
00:09Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu dibuat berasaskan prinsip mempertahankan hak rakyat
00:16serta menentang kezaliman dan pembunuhan berterusan terhadap rakyat Palestine di Gaza.
00:23Katanya dasar berkenaan bukan perkara baru kerana ia telah dilaksanakan Malaysia sejak sekian lama dan sepatutnya diketahui pihak AS.
00:33Tegas beliau sebarang ugutan tidak akan mengubah keputusan Malaysia untuk terus menyekat kehadiran mana-mana warga negara Israel ke negara
00:41ini.
00:43Beliau berkata demikian ketika mengulas surat yang dihantar lapat ahli Kongres AS kepada setiausaha negara Marco Rubio
00:50bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pendirian Malaysia.
00:54Mengulas kemungkinan isu itu menjejaskan hubungan dua hala Malaysia dan AS, Anwar berkata ia tidak sepatutnya memberi kesan.
01:03Dalam masa sama, beliau menolak dawaan yang mengaitkan Malaysia dengan Hamas
01:07sambil menjelaskan pertemuan beliau dengan pemimpin kumpulan itu sebelum ini dibuat atas dasar kemanusiaan dan simpati terhadap mangsa konflik di
01:15Gaza.
01:16Tambahnya Malaysia sebagai negara berdaulat bebas menyuarakan pendiriannya dalam isu kemanusiaan dan keadilan sejagat.
01:25Terima kasih telah menonton!
01:26Terima kasih telah menonton!
01:27Terima kasih telah menonton!
Comments