Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Berdasarkan maklumat di Jabatan Negara AS, Harris merupakan diplomat berpengalaman yang mempunyai kerjaya selama beberapa dekad dalam kepimpinan peringkat tinggi serta mewakili negara itu dalam pelbagai tugasan antarabangsa.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Amerika Syarikat mencalonkan Diplomat Kerjaya Joshua Harris sebagai Duta Besar Baharu ke Malaysia.
00:07Menurut notis pencalonan di laman web rasmi White House, Harris yang berasal dari Maryland dinamakan sebagai Duta Besar Luar Biasa
00:14dan Mutlak Amerika ke Malaysia.
00:17Berdasarkan maklumat di Jabatan Negara Amerika, Harris merupakan diplomat berpengalaman yang mempunyai kerjaya selama beberapa dekad dalam kepimpinan peringkat tinggi
00:27serta mewakili negara itu dalam pelbagai tugasan antarabangsa.
00:31Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai timbalan penolong setiausaha negara bagi halewal Asia Barat di Jabatan Negara Amerika dengan menyelia dasar
00:40diplomasi Washington terhadap Algeria, Mesir, Libya, Maghribi dan Tunisia.
00:47Menurut kenyataan itu lagi, Harris turut pernah dicalonkan sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Algeria pada 2024.
00:54Beliau pernah menjalankan tugas sebagai kuasa usaha di Kedutaan Amerika di Irak selain berkhidmat sebagai timbalan ketua misi di Tripoli,
01:03Libya.
01:04Pengalaman diplomatik Harris turut merangkumi tugasan di Ljubljana, Slovenia, Baghdad, Irak dan Zagreb, Croatia.
Comments

Recommended