Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Empat sindiket pusat panggilan atau calling centre yang menjalankan kegiatan penipuan antarabangsa berjaya ditumpaskan polis Selangor menerusi empat siri serbuan di sekitar Lembah Klang.
Transcript
00:00Empat sindiket pusat panggilan atau call-in center yang menjalankan kegiatan penipuan antarabangsa berjaya ditempaskan polis langor menerusi empat siri
00:09serbuan di sekitar lembah kelang.
00:12Sindiket terbabit menjadikan rumah banglo dan kondominium sebagai lokasi operasi bagi mengaburi pihak berkuasa.
00:20Operasi yang dijalankan antara 15 hingga 20 Julai itu membawa kepada penahanan 40 warga asing termasuk 4 wanita.
00:28Selain rampasan pelbagai barangan kes dianggarkan bernilai lebih RM46,000.
00:34Menurut Ketua Polis Selangor Dato' Shazli Kahar, serbuan pertama di Bandar Sungai Long Kajang menempaskan sindiket penipuan jual-beli barangan
00:42dalam talian dengan penahanan 16 individu.
00:45Serbuan kedua pada hari sama di Country Heights, Kajang pula membokar sindiket pelaburan tidak wujud membabitkan 15 suspek.
00:52Pada 18 Julai, polis menyerbu sebuah premis di Saujana Impian Kajang dan menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam sindiket
01:00Love Scam.
01:02Manakala serbuan terakhir di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada 20 Julai menyaksikan lima lagi suspek termasuk seorang wanita diberkas
01:10kerana menjalankan modus operandi yang sama.
01:12Polis turut merampas telefon bimbit, komputer riba serta dokumen dan naskah skrip yang dipercayai digunakan sebagai panduan untuk memperdaya mangsa.
01:22Mereka dipercayai menyasarkan mangsa dari China, Amerika Syarikat dan Kanada menggunakan aplikasi khas.
01:28Terima kasih.
Comments

Recommended