Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) mencipta sejarah baharu apabila memulakan pengeluaran minyak pertama di darat menerusi medan Adong Kechil West (AKW) berhampiran marudi, sekali gus menandakan kebangkitan semula industri minyak daratan Sarawak selepas lebih 50 tahun.
Transcript
00:00Petroleum Sarawak Berhad Petros mencipta sejarah baru apabila memulakan pengeluaran minyak pertama di darat menerusi Medan Adong Kecil West EKW
00:09berhampiran Marudi,
00:11sekaligus menandakan kebangkitan semula industri minyak daratan Sarawak selepas lebih 50 tahun.
00:16Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Oping berkata, pengeluaran pertama itu bermula awal minggu ini dengan kapasiti 800 tong
00:24sehari atau bersamaan 24,000 tong sebulan.
00:30Katanya pencapaian tersebut merupakan hadiah Hari Sarawak yang amat bermakna kepada rakyatnya selain membuktikan keupayaan syarikat minyak dan gas milik
00:39negeri itu dalam meneroka serta mengurus sumber sendiri.
00:43And in conjunction with this auspicious Sarawak Day, I wish to announce as a gift to the people of Sarawak
00:55that Petros, our very own oil and gas company, earlier this week had begun first oil production of 800 barrels
01:12per day
01:12at the Adong Kecil West field near Marudi.
01:19With this new and historic production, that is equivalent to 24,000 barrels per month,
01:28After 50 years, since the last onshore production, Sarawak now is on the right track to go downstream,
01:42particularly in the production of ammonia and blue hydrogen.
01:49Tambahnya, kejayaan itu turut membuktikan keupayaan kejuruteraan anak Sarawak
01:55yang kini mampu memainkan peranan lebih besar dalam industri minyak dan gas
02:00termasuk pembangunan produk hiliran berasaskan gas mitana.
02:05Ia sekaligus mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai pemain utama dalam industri minyak dan gas
02:11yang diterajui oleh anak tempatan.
02:13Abang Johari berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perimpunan Hari Sarawak
02:192026 di dataran Tun Tuanku Haji Bujang di Sibu pada Rabu.
02:24Terdahulu, projek AKW di bawah Blok SK 433 telah dikenalpasti sebagai medan minyak daratan strategik
02:33dengan pengeluaran pertama disasarkan pada 2026 sesulan kejayaan aktiviti penggerudian
02:39dan pembangunan medan berkenaan.
02:43Terima kasih telah menonton!

Recommended