Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Angka awal korban dan kerugian harta benda akan diumumkan selepas siasatan serta penilaian kerosakan selesai dijalankan.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 20 orang maut dan 80 lagi cedera, manakadah lebih 100 masih hilang selepas banjir kilat akibat hujan lebat
00:08melanda wilayah Nuristan di timur Afganistan islin lalu.
00:12Jurucakap pihak berkuasa pengurusan bencana kebangsaan Afganistan Yosef Hamad menerusi hantaran di PlatformX berkata,
00:19Pegawai daripada Jabatan Pengurusan Bencana Wilayah telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat termasuk usaha mengeluarkan mayat mangsa serta mengesan individu
00:28yang masih hilang.
00:32Hamad berkata angka awal korban dan kerugian harta benda akan diumumkan selepas siasatan serta penilaian kerosakan selesai dijalankan.
00:42Sementara itu dalam kenyataan berasingan di PlatformX, Jurucakap Kerajaan Afganistan, Zahibullah Mujahid, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban
00:54serta menegaskan keperluan mempercepat operasi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.
01:00Menurut pihak berkuasa tempatan, Parun, Ibu Negeri Wilayah Nuristan merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan banyak rumah dan kemudahan infrastruktur
01:10mengalami kerosakan akibat banjir berkenaan.
Comments

Recommended