00:00Seorang penjual kerupuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Air Keroh Melaka pada Rabu
00:05atas dua pertuduhan menyeludup tembakau ke dalam penjara Sungai Udang menggunakan drone minggu lalu.
00:12Tertuduh Muhammad Nizam Ab Manaf, 46 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Magistrat Sharda Shinha Muhammad Sulaiman.
00:19Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan pencerobohan jenayah
00:23dengan niat menyeludup masuk barang larangan iaitu tembakau ke dalam kawasan penjara Sungai Udang
00:29menggunakan drone yang berada dalam kawalannya.
00:32Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 1.20 pagi Rabu lalu di Taman Chris Satria, Sungai Udang, Melaka.
00:40Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Nizam didakwa menyeludup barang larangan iaitu tembakau ke dalam penjara Sungai Udang
00:46menggunakan drone yang berada dalam kawalannya.
00:49Kesalahan itu didakwa dilakukan pada masa dan lokasi yang sama mengikut Seksyen 58 Akta Penjara 1995.
00:57Makawah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000
01:01dengan seorang penjamin serta mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran
01:07sekali setiap bulan sehingga kes selesai.
01:11Makamah menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Comments