Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Kerajaan Johor buat julung kalinya melantik seramai 10Timbalan Exco Kerajaan Negeri bagi memperkukuhkan pentadbiran dan mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan Agenda Maju Johor 2030.
Transcript
00:00Kerajaan Johor buat julung kalinya melantik seramai 10 timbalan eksko kerajaan negeri bagi memperkukuhkan pentadbiran dan mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada
00:09rakyat selaras dengan agenda Maju Johor 2030.
00:13Menteri Besar Johor Dato' On Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan pemangku Sultan Johor Tunku Maghota Ismail.
00:21On Hafiz berkata, kerajaan negeri melihat keperluan memperkukuh kapasiti pentadbiran bagi memastikan setiap dasar, projek dan program dapat dilaksanakan dengan
00:32lebih berkesan.
00:33Pelbagai inisiatif strategik telah dirangka dan sedang dilaksanakan.
00:41InsyaAllah, kerajaan negeri akan memastikan segala janji manifesto yang telah dibentangkan, diterjemahkan kepada tindakan dan hasil yang akan dirasai oleh
00:57seluruh rakyat bang sejuk.
01:00Pada masa yang sama, pelasanaan Johor Economic Transformation Plan, JATP, akan menjadi antara fokus utama bagi memastikan pembangunan yang lebih
01:15menyeluruh, seimbang dan inklusif di setiap daerah di negeri Johor dapat diteruskan.
01:22Menurut On Hafiz, setiap timbalan EXCO perlu bekerjasama rapat dengan EXCO, jabatan serta agensi berkaitan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan
01:32lebih berkesan selain mempercepatkan penyelesaian isu rakyat.
01:36Pilihan raya negeri PRN Johor menyaksikan BN memenangi 48 dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Dun sekaligus diberi mandat membentuk
01:46kerajaan negeri bagi penggal baharu.
01:48Pada 12 Julai, On Hafiz mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Johor, manakala seramai 10 EXCO mengangkat sumpah pada 18
01:56Julai lalu.
01:57Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended