Skip to playerSkip to main content
Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr. Juanda Jaya berkata kerajaan negeri Sarawak melaksanakan program integriti di peringkat akar umbi melibatkan rumah-rumah panjang dan kampung-kampung terpencil. Jelasnya, kesedaran mengenai isu integriti dan mekanisme ombudsman ini penting untuk memastikan program pembangunan dalam dijayakan sepenuhnya. #AgendaAWANI
Transcript
00:00Kami buat program integriti bukan hanya di hotel-hotel, kita buat di rumah panjang, kita buat di kampung-kampung terpencil
00:07Sebab itu saya sebut tadi, bila kita buat penerangan tentang ombudsman, orang kampung tak pandai sebut, dia sebut Osman, itu
00:14yang dia boleh sebut
00:15Tetapi bila kita sebut bahawa keinginan kita, kepimpinan yang berhormat Premier Sarawak yang telah duduk dalam Kabinet Sarawak selama 4
00:24dekad
00:24Satu tempoh yang luar biasa lamanya, beliau melihat bahawa integriti ini satu isu yang amat besar
00:34Bagaimanapun kita ada pembangunan, kalau manusia yang terbabit itu tidak berintegriti, pembangunan itu pasti akan tersekat
00:43Tetapi pada masa yang sama, kenapa perlu ombudsman?
00:47Kita hidup pada zaman media sosial yang tidak ada sempadan
00:54Tak ada siapa boleh kawal internet
00:57Awak tutup internet, artinya awak tak ada kehidupan
01:01Jadi kita kena terima penyertaan rakyat dalam memberi pandangan terhadap pentadbiran kerajaan
01:10Terhadap polisi kerajaan dan kita mesti anggap bahawa kritikan daripada rakyat itu adalah satu modal yang baharu
01:20Ramai orang sebut zaman kerajaan tahu segala-galanya berakhir tapi orang tak buat apa-apa
01:25Kami di Sarawak, buka
01:27Kalau ada ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem penyampaian kerajaan, sila laku
Comments

Recommended