00:00Aktiviti sukan kokorikulum dan kegiatan fizikal lasak di luar bangunan disaran ditangguh atau dipindahkan ke dalam bangunan jika bacaan indeks
00:10pencemaran udara IPU melebihi 100.
00:13Kementerian Kesihatan KKM dalam kenyataan berkata langkah itu bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat jerbu dan kualiti udara yang berosot.
00:24Institusi pendidikan, agensi kerajaan dan pihak swasta perlu sentiasa memantau bacaan IPU semasa serta menyesuaikan aktiviti luar berdasarkan tahap kualiti
00:34udara.
00:35Orang ramai juga disarankan mengurangkan aktiviti di luar bangunan dan memakai pelitup muka yang sesuai sekiranya perlu berada di luar.
00:44KKM turut menasihatkan masyarakat agar tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyubang kepada kemerosotan kualiti udara.
00:53Antara langkah lain yang disyurkan termasuk menutup pintu dan tingkap mengelak aktiviti meningkatkan pencemaran udara dalaman serta menggunakan mod kitaran
01:02semula udara dalam kenderaan.
01:04Golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik disarankan mengurangkan pendedahan kepada jerbu bagi mengelakkan komplikasi kesihatan.
01:14KKM memaklumkan pihaknya turut memperkukur survalen penyakit berkaitan jerbu dan meningkatkan kesiapsagaan fasiliti kesihatan bagi menghadapi sebarang peningkatan kes.
Comments